Rabu, 28 Ogos 2013

APA ITU IMPIAN

IMPIAN

      Apakah impiannya? atau apakah impian pembaca? atau apakah impian itu pernah hadir dalam diri pembaca? dan banyak persoalan-persoalan yang ingin ditimbulkan dan yang ingin disampaikan kepada pembaca dari kisah pengarang. Mesej kesedaran, kegigihan, keinginan, fantasi dan realiti serta semangat mencipta peluang dan kejayaan yang tiada hujungnya adalah hasrat pengarang yang ingin dikongsikan dengan pembaca.
      Saya selaku pengarang novel APA ITU IMPIAN begitu tertarik dan berkobar-kobar untuk menyampaikan bahan cerita yang mungkin inilah novel pencetus idea dan IMPIAN.Saya bukanlah penulis novel, namun ingin menyampaikanya dalam versi saya sendiri. Saya amat mengharapkan novel bersambung-sambung ini dapat di baca dengan secara spontan,bersantai dan cuba menghurai maksud pemikiran di dalam APA ITU IMPIAN. Gaya penulisan adalah didalam bahasa yang mudah dan kadang kala perlu berfikir. Bahasa loghat lidah pengarang bukan bermaksud menjatuhkan kerukunan bahasa melayu, cuma bahasa loghat mengikut lidah pengarang adalah untuk memberikan pembaca terasa seperti bukan membaca tetapi sedang berinteraksi dengan pengarang.
       Untuk semua pembaca yang mengikuti novel penuh impian ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih dan bersamalah kita menghayatinya dan jadikan sebagai peluang untuk semua.Nantikan permulaan Novel APA ITU IMPIAN.. Insha Allah..